Para pengurus pembinaan seringkali dilanda badai permainan emosi semasa perjalanan sebuah projek. Ini membolehkan mereka lebih menikmati kehidupan pada setiap detik yang sedang berlalu dan ingin lebih berhati-hati dalam perancangan untuk projek yang seterusnya.
Namun, pada setiap dari mereka mempunyai sifat berdaya tahan dan kemampuan menyempurnakan tugas meski jalan mereka jalan yang mudah ataupun jalan yang hampir sahaja kearah mustahil. Yang utama, tidak seorang pun diantara mereka berani memulakan projek dengan sewenang-wenangnya tanpa ada perancangan yang khusus.
Jadi, apa yang anda boleh pelajari dari mereka untuk membolehkan projek anda berjalan dengan lancar dan mengurangkan masalah yang bakal anda hadapi? Ini adalah 10 Tips menguruskan projek renovation rumah anda sendiri.
1. Pandang ke hadapan
Luangkan masa untuk mengkaji kemahuan anda, berapa kos yang terlibat dan bagaimana anda boleh mendapatkannya. Anda digalakkan meluangkan jumlah masa yang sama untuk merancang dan untuk menjalankan pembinaan itu sendiri.
Terlalu banyak pilihan yang ada untuk renovation rumah anda dari segi design, sistem, struktur dan bahan bahan finishing yang menyebabkan proses membuat sesebuah keputusan menjadi sukar.
Dengan menjalankan perancangan secara tersusun, bersabar, dan penuh proses menimba ilmu, anda pasti dapat membuat keputusan yang tepat dan mendapatkan hasil yang memuaskan.
2. Letakkan bajet yang realistik
![](https://www.renovationrumah.com.my/wp-content/uploads/2020/07/WhatsApp-Image-2020-07-16-at-12.38.20-3.jpeg)
Hanya segelintir projek sahaja gagal jika dibandingkan dengan seluruh jumlah projek. Projek-projek ini hanya akan gagal jika sudah kehabisan wang. Jika ini terjadi, ia adalah agak sulit dari segi praktikal dan emosional.
Jarang sekali kita berjumpa dengan pengurus projek renovation rumah sendiri yang menyiapkan projek dengan kos yang jauh lebih kurang daripada bajet asal. Selalu kita berjumpa dengan orang yang mengaku projek mereka disiapkan lebih sedikit daripada bajet asal yang mereka fikirkan.
Kunci untuk mencapai jumlah bajet yang sesuai dengan kos sebenar adalah dengan memikirkan jumlah keseluruhan wang yang boleh dibelanjakan keatas projek ini dan menggunakannya sebagai asas kepada pemilihan design. Jangan pula anda cuba sebaliknya iaitu untuk mencukupkan bajet dengan kemahuan anda yang bercita-cita tinggi. Perlu anda ingat, jumlah keseluruhan itu perlulah termasuk dengan 10% daripada jumlah pembinaan untuk kegunaan luar jangka.
3. Dapatkan rujukan
![](https://www.renovationrumah.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Client-Satisfaction-1067x800.png)
Salah satu penyebab stress adalah menggajikan tukang yang salah atau lebih teruk lagi, tukang yang tidak mahir. Membezakan antara harga yang terdesak dengan harga yang murah akan membantu anda membuat keputusan yang bijak.
Cari orang yang mempunyai rekod dan reputasi yang cemerlang serta memastikan anda telah menghubungi rujukan yang diberikan oleh tukang itu. Jika mereka telah menjalankan tugas dengan baik untuk orang lain, mereka mampu membuatkan perkara yang sama untuk anda.
4. Ikut peraturan
Suka atau tidak, kita mempunyai undang-undang yang mengawal peranacangan dan pembangunan. Anda tidak boleh membina rumah baru tanpa kebenaran merancang, dan kebenaran merancang datang dengan syarat yang perlu dipatuhi. Anda tidak seharusnya mengelak daripada memenuhi syarat-syarat tersebut.
Ada juga situasi dimana kebenaran merancang diperolehi untuk kes yang tidak memerlukan kebenaran daripada mana-mana pihak. Walau apa pun kes nya, anda harus mengikuti syarat minimum mengikut undang-undang pembangunan yang telah ditetapkan walaupun kebenaran tidak diperlukan.
Walaupun anda boleh mengelak daripada memperolehi kebenaran merancang, perkara ini akan menjadi titik perbualan yang janggal saat anda ingin menjual rumah tersebut. Oleh itu, lebih baik anda melakukannya dengan betul dan mengikut peraturan bermula dari awal.
5. Lindungi pelaburan anda
Sedang anda menggunakan seluruh harta anda untuk memulakan projek renovation anda sendiri, anda seharusnya melindungi liabiliti anda jika terdapat perkara yang tidak berjalan dengan lancar.
Mengambil insurans adalah langkah yang baik untuk melindungi rumah anda untuk 10 tahun pertama rumah anda selepas pembinaan selesai.
6. Berbaik dengan jiran
Walaupun anda mengalami waktu yang indah membina rumah impian anda, jiran jiran anda mungking mengalami gangguan emosi akibat pencemaran bunyi dan ketidak selesaan kecil yang disebabkan oleh projek anda.
Tidak mengambil berat perasaan mereka mungkin menyebabkan anda sendiri selesa kelak apabila hidup berjiran dengan mereka selepas ini.
Sebelum memulakan kerja, pastikan anda memberitahu jiran jiran tentang projek anda, berapa lama ia akan berjalan dan siapakah yang patut mereka hubungi saat berlaku masalah. Cepatlah meminta maaf sekiranya apa apa timbul dan mereka akan lebih mudah melupakan sebarang persengketaan yang terjadi.
7. Jangan beratkan perkara remeh
![renovation rumah sendiri](https://www.renovationrumah.com.my/wp-content/uploads/2019/09/cornice_showroom.jpg)
Merunsingkan fikiran untuk menjimatkan beberapa sen dalam pembelian bahan untuk renovation anda akan menyebabkan masalah pening kepala yang anda tiada masa untuk berhadapan dengannya.
Anda perlu menyimpan sedikit kebolehan negosiasi anda untuk bahan bahan yang banyak sahaja seperti pembelian batu-bata, simen, pintu, tiles dan tingkap dimana penjimatan yang sedikit membawa nilai besar dalam lingkungan ratusan ringgit.
8. Jadikan tapak anda tempat pekerjaan yang selesa
Anda bukannya cuba untuk menjadi rakan karib tukang tukang yang bekerja dengan anda, tetapi menjadi bos yang baik akan menyebabkan pekerja anda lebih selesa dan seronok untuk membina rumah anda. Sediakan ruang yang sesuai untuk berehat dan berbincang.
Arahan yang jelas, keputusan yang cepat dan senyuman terima kasih jauh lebih berharga daripada nilai wang yang anda peruntukkan untuk membayar mereka.
9. Terima qada dan qadar
Setiap projek akan mempunyai kelainannya yang tersendiri dan setiap tugasan mempunyai cabarannya sendiri. Apabila anda sudah menyelesaikan sesuatu isu, akan timbul isu lain pula yang anda perlu selesaikan. Ini menjadi ujian terhadap kesyukuran anda terutamanya apabila anda menjadi seorang pengurus projek renovation rumah sendiri.
Jika masalah saling timbul dan bertindih antara satu dengan yang lain, yakinlah bahawa ini adalah normal dan projek anda akan sampai ke tahap siap walaupun sejauh mana lagi perjalanan anda.
10. Dapatkan pakar
![](https://www.renovationrumah.com.my/wp-content/uploads/2020/06/Fully-Capable-800x800.png)
Jika anda ingin memudahkan kerja anda, anda boleh melantik projek manager freelance samada dalam kepakaran arkitek ataupun pekerja binaan am untuk menjalankan projek anda.
Sudah tentu ia akan menyebabkan anda mengeluarkan belanja yang lebih besar kerana banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi jika anda mempunyai keraguan terhadap kepakaran anda menguruskan masa, orang, dan tempat, ini mungkin sebuah pelaburan yang tepat.
And boleh mencari freelance dalam bidang ini disekitar anda dengan menggunakan applikasi MagitechX.