Kami menyediakan senarai pelbagai jenis kontraktor yang melakukan renovation rumah di seluruh negara. Jika anda ingin membuat renovation untuk rumah anda, anda pasti tidak runsing lagi untuk mencari kontaktor yang sesuai dengan anda.
Senarai kontraktor
Terdapat pelbagai jenis kepakaran yang perlu digunakan dalam membina sebuah rumah atau dalam melakukan renovation rumah. Senarai dibawah adalah diantara jenis jenis kontraktor yang berkenaan. Anda harus bijak membezakan antara setiap kontraktor yang ada.
1. Senarai Kontraktor binaan
Kontraktor binaan selalunya mempunyai pekerja yang mahir dalam binaan struktur rumah. Mereka pandai dalam mengenalpasti dinding mana yang boleh diroboh dan juga cara yang sesuai untuk membina lantai baru. Dapatkan senarai kontraktor binaan di sini.
2. Senarai Interior Designer
Interior designer pakar dalam merubah sesebuah rumah menjadi sebuah rumah lain yang lebih selesa untuk didiami. Mereka memainkan ciri ciri seperti pencahayaan, sususan, luas ruang, warna dan juga fungsi dan kegunaan ruang untuk menjadikan rumah anda yang sedia ada lebih selesa tanpa perlu merubah struktur. Dapatkan senarai interior designer di sini.
3. Senarai Arkitek
Arkitek memainkan peranan dalam merubah struktur sesebuah rumah diatas kertas diantaranya adalah untuk menjadikan kos anda lebih murah, ruang anda lebih luas dan rumah anda lebih cantik dan modern. Mereka mahir menggunakan kepakaran mereka, ini menjadikan lukisan mereka sebuah rujukan yang digunakan sepanjang pembinaan berlangsung. Dapatkan senarai arkitek di sini.
4. Senarai Kontraktor Tiles
Kontraktor tiles menjalankan perniagaan tiles dan juga menjalankan servis pemasangan tiles kepada anda. Tidak seperti kontraktor lain, mereka hanya mahir meletakkan tiles kerana sudah biasa memasang tiles. Ini menjadikan kos mereka rendah dan kualiti kerja mereka jauh lebih tinggi. Dapatkan senarai kontraktor tiles di sini.
5. Senarai Kontraktor Plaster Ceiling
Kontraktor plaster ceiling memasang rangka plaster ceiling dan pelbagai jenis ceiling untuk pelanggan mereka. Dapatkan senarai kontraktor plaster ceiling di sini.
6. Senarai Kontraktor Plumbing
Kontraktor plumbing/ plumber menjalankan aktiviti saliran air dan pembetungan. Kebanyakan mereka bergerak dalam kumpulan yang kecil, tetapi ada juga syarikat kontraktor besar yang menjalankan kerja kerja untuk syarikat berkaitan kerajaan seperti Air Selangor dan juga Indah Water.
Untuk membuat kerja kerja dalam industri air, sebuah syarikat kontraktor perlu mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN. Dapatkan senarai kontraktor plumbing di sini.
7. Senarai Kontraktor Elektrik
Kontraktor elektrikal pada amnya mempunyai banyak kepakaran memasang dawai dan komponen elektrik. Untuk menjalankan kerja kerja berkaitan elektrikal, sesebuah syarikat kontraktor perlu mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga. Dapatkan senarai kontraktor elektrikal di sini.
8. Senarai Pembekal Tingkap
Pembekalan tingkap di jalankan oleh kilang kilang tingkap dan cermin yang banyak terdapat di Ibu Negara. Pelbagai jenis tingkap disediakan. Proses membekalkan tingkap biasanya mudah, namun yang sukar ialah proses pemasangan tingkap. Sesetengah bangunan tinggi memerlukan kebenaran pihak pengurusan sebelum tingkap dipasang. Namun, mereka jarang membenarkan pemasangan dilakukan kerana faktor keselamatan. Dapatkan kontraktor tingkap di sini.
9. Senarai Kontraktor Besi
Kontraktor besi adalah kontraktor yang membekalkan kelengkapan rumah yang berasaskan besi seperti Grill, Pagar dan Gate. Dapatkan kontraktor besi di sini.
10. Senarai Kontraktor Wallpaper
Terdapat beberapa buah syarikat menjalankan aktiviti menjual dan memasang wallpaper sahaja. Mereka ni tidak sukar untuk di cari namun mereka hanya mengutamakan pelanggan pelanggan yang ingin memasang wallpaper dengan banyak sahaja. Dapatkan kontraktor wallpaper di sini.
11. Senarai Kontraktor Lantai Vinyl dan Karpet
Anda juga boleh mendapatkan pakar lantai vinyl dan pakar carpet dengan mudah. Mereka hanya menjalankan aktiviti memasang lantai sahaja dan amat pakar dalam bidang ini. Dapatkan kontraktor vinyl di sini.
12. Kontraktor Landskap
Semestinya anda pernah melihat pekerja yang sedang mengemas landskap atau menanam pokok. Pekerja landskap ini bekerja dengan syarikat yang menjalankan aktiviti landskap. Dapatkan kontraktor landskap di sini.
13. Kontraktor Swimming pool
Swimmingpool biasanya memerlukan kepakaran yang tinggi untuk di bina. berat air dan konkrit akan menyebabkan mendapan tanah yang serius. Oleh itu, kontraktor swimming pool biasanya mahir dalam bidang menstabilkan tanah dan mengukuhkan binaan. Dapatkan kontraktor swimming pool di sini.
14. Gate
Barangkali anda ingin membesarkan gate rumah anda untuk memuatkan dua buah kenderaan untuk masuk ke dalam porch anda. Anda harus menghubungi kontraktor Gate untuk mendapatkan gate yang sesuai dengan rumah anda. Tidak semua kontraktor menyediakan pagar mengikut cita rasa anda. Dapatkan kontraktor gate di sini.
15. Cat
Ada beberapa syarikat di Kuala Lumpur yang menjalankan aktiviti mengecat secara 100%. Mereka pakar dalam bidang cat dan mengecat setiap hari sepanjang karier mereka. Dapatkan kontraktor cat di sini.
Carian Kontraktor
Kami membandingkan diantara lebih seratus kontraktor dan membantu anda untuk memilih kontraktor paling sesuai untuk anda. Hubungi kami di sini dan dapatkan kontraktor sesuai untuk kerja anda.
Kontraktor Berdaftar
Setiap kontraktor yang menjalankan kerja pengubahsuaian struktur perlu berdaftar dengan CIDB. Adalah menjadi kesalahan untuk anda melantik kontraktor yang tidak berdaftar dengan CIDB. Sebelum memulakan kerja, anda perlu meminta sijil pendaftaran CIDB daripada kontraktor anda.