Faktor faktor yang perlu dipertimbang dalam mengira harga pasang tiles

Ada beberapa faktor utama yang memainkan peranan penting dalam menentukan harga upah pasang tiles di rumah anda. Faktor faktor ini secara kolektif bakal menyebabkan harga pasang tiles di rumah anda menjadi murah atau mahal.

Berikut adalah antara faktor faktor tersebut:

  1. Saiz Tiles
  2. Tempat yang hendak di tiles
  3. Keluasan kawasan
  4. Jenis rumah
  5. Lokasi rumah
  6. Kekosongan rumah
  7. Keadaan lantai

Secara Am nya, harga harga pemasangan tiles hanya ditentukan oleh satu faktor utama iaitu kos kepada kontraktor. Faktor faktor ini adalah penyebab kos menjadi tinggi atau sebaliknya.

Harga pasang tiles vs saiz tiles

Walaupun saiz tiles tidak memberikan kesan kepada saiz keseluruhan ruang yang dipasang tiles, tiles-tiles kecil mengambil masa yang lebih lama untuk siap dipasang. Lebih banyak kepingan yang perlu dipasang bermakna lebih banyak masa diambil untuk ‘menimbang‘ ke-rataan permukaan tiles sewaktu pemasangan. Namun, tiles 1×1 dan 2×2 tidak membawa perubahan significant kepada harga keseluruhan.

Tempat yang hendak ditiles.

Terdapat sedikit perbezaan yang ketara diantara kos memasang tiles di lantai dan memasang tiles di dinding. Memasang tiles di ruang tamu yang luas juga mempunyai perbezaan daripada segi kos dengan memasang tiles di ruang stor kecil. Perbezaan ini menjadi ketara sekiranya jumlah keluasan keseluruhan untuk pemasangan adalah sedikit.

perbezaan harga pasang tiles dinding

Keluasan kawasan

Harga pemasangan tiles untuk kerja kerja bangunan baru mengikut tender kerajaan boleh mencecah sehingga RM4 sekaki. Untuk jumlah keluasan ruang yang kurang, harganya sudah tentu menjadi lebih mahal. Namun pengiraan untuk pemasangan tiles di rumah tidaklah sama dengan kos pemasangan tiles di tempat tempat pembinaan yang memerlukan permit khas untuk operasi. Pastikan anda memanfaatkan kos memulakan kerja bagi mendapat deal yang lebih baik.

Rumah Baru Pasang Tiles

Jenis rumah

Adakah rumah anda landed dan mempunyai banyak ruang untuk kontraktor meletakkan barangan mereka? Atau anda tinggal di Kondominium yang mudah diakses? Kali pertama kontraktor datang kerumah anda memberikan gambaran yang jelas kepada mereka tentang akses ke rumah anda. Jangan hairan kenapa harga pemasangan di rumah anda menjadi lebih mahal daripada rumah lain.

Lokasi rumah

Harga dan kos operasi adalah berlainan untuk setiap lokasi. Harga barangan asas kehidupan mungkin lebih mahal di sesetengah kawasan bandar, begitu juga dengan harga asas pembinaan. Namun, kos pembinaan juga mungkin lebih mahal di sesetengah kawasan luar bandar yang mempunyai kedai barangan asas pembinaan yang lebih terhad.

Kekosongan rumah

Rumah yang kosong yang tidak berpenghuni adalah tempat yang selesa untuk tukang membuat kerja kerja pembinaan projek anda. Jika rumah anda sesak dengan barang barang anda, lebih sedikit ruang untuk kontraktor dan tukang berkerja. Ini melambatkan proses dan akan meningkatkan kos mereka.

Keadaan lantai

Lantai yang sudah di skim dan rata memudahkan kerja pemasangan manakala, lantai yang mempunyai tiles lama yang perlu dibuang memakan lebih banyak masa. Untuk tujuan pembuangan tiles atau meratakan lantai, kontraktor pada biasaannya mengenakan cas tambahan kepada anda.

Hubungi kami untuk membuat quotation segera. Kami menggunakan rangkaian syarikat kami yang luas untuk menyesuaikan kehendak anda dengan bajet anda. Kami berada di seluruh negara, dan memberikan harga yang kompetitif kerana kami lebih berdekatan dengan anda.

Lawati laman web kami www.renovationrumah.com.my untuk maklumat lanjut.

error: