Artikel ini akan mengajarkan anda cara- cara yang betul untuk menjadi kontraktor rumah yang berjaya. Kami telah melahirkan ramai kontraktor kontraktor renovation rumah yang berjaya melalui bimbingan dan ekosistem perniagaan yang kami cipta khas untuk individu seperti anda yang berminat untuk menjadi kontraktor.
Artilkel ini sesuai untuk anda sekiranya:
- Anda berminat untuk mendapatkan kerja kerja kontrak renovation rumah.
- Anda meminati bidang renovation rumah/ penambahbaikan rumah/ hiasan dan kecantikan dalaman dan luaran rumah.
- Anda berpewatakan yang boleh dipercayai dan pandai menguruskan amanah.
- Anda, rakan kongsi anda atau pekerja anda berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang pertukangan dan renovation rumah.
![menjadi kontraktor](https://www.renovationrumah.com.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Image-2020-12-28-at-19.08.29-1-800x800.jpeg)
3 Langkah-langkah mudah ini adalah asas kepada gerak kerja untuk anda memulakan perniagaan anda:
- Daftar syarikat dengan SSM
Lawati ezbiz.ssm.gov.my dan daftarkan nama perniagaan anda. Proses pendaftaran amat mudah untuk dilakukan, sejak bermula PKP pertama, pihak ssm telah menambah baik sistem mereka untuk anda mendaftarkan syarikat anda melalui online.
Terdapat pelbagai jenis pendaftaran yang boleh dilakukan. Rujuk artikel yang ditulis di sini untuk memahami perbezaan antara pendafataran syarikat Enterprise dan Sdn Bhd.
2. Daftar akaun bank
Setelah mendapat kelulusan syarikat perniagaan anda dan memperoleh sijil pendaftaran yang tertulis nama dan nombor syarikat, anda boleh terus mendaftar akaun syarikat perniagaan anda dengan pihak bank.
Kebanyakan bank perlukan referal iaitu syarikat lain yang merujukkan anda kepada mereka sebelum mereka membenarkan anda membuka akaun. Tetapi terdapat sebilangan bank yang tidak mempunyai keperluan ini seperti Bank RHB.
Deposit awal perlulah dimasukkan didalam akaun bank yang baru sebelum diaktifkan. Deposit awal untuk akaun bank adalah bergantung kepada bank, sebagai contoh untuk bank RHB anda perlulah deposit RM1000 didalam akaun selepas akaun anda diluluskan tetapi terdapat bank lain yang perlukan anda untuk deposit RM2000 dan sebagainya.
3. Daftar JomRenovate
Dapatkan applikasi JomRenovate. Applikasi ini percuma untuk anda mulakan perniagaan anda dengan langkah yang kecil sehingga ke langkah yang lebih besar.
Anda boleh mendapatkan pelanggan secara berterusan dan percuma dengan applikasi ini.
JomRenovate menggunakan kepakaran Artificial Intelligence untuk membantu anda menjalankan projek renovation rumah dengan cekap.
JomRenovate menggunakan data untuk membantu para kontraktor mengenakan cas yang adil dan kompetitif kepada pelanggan anda. Senarai harga boleh didapati di laman web senarai harga.
Anda boleh memuat turun apps JomRenovate di sini atau terus ke laman web https://magitech.page.link/APPKontraktorMalaysia.
![menjadi kontraktor](https://www.renovationrumah.com.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Image-2020-12-28-at-19.08.29-800x800.jpeg)