
Denda renovation rumah akan dikenakan bagi setiap kesalahan iaitu:
Melakukan kerja-kerja tanpa mendapat kelulusan pihak Majlis Berbandaraya Petaling Jaya 10 kali ganda dari fi yang dikenakan di bawah subseksyen 70(14) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Melencong daripada kelulusan dikenakan kompaun sebanyak RM25,000.00 dibawah subseksyen 70(13)(b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Gagal mematuhi arahan pihak Majlis dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikompaun tidak melebihi RM50,000.00 dan tambahan denda renovation rumah sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap kesalahan di bawah subseksyen 70(13) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Pemilik akan diberi tempoh selama 14 hari bagi menjelaskan bayaran kompaun tersebut. Rayuan akan diterima dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengeluaran kompaun dan mandatori membuat pembayaran sebelum 14 hari berakhir. Setelah 14 hari notis peringatan akan dikeluarkan kepada pemilik bertempoh 30 hari. Sekiranya gagal membuat pembayaran, pemilik akan didakwa ke Makhamah.
Kawalan pembangunan adalah bertujuan bagi memastikan pembangunan yang berjalan mengikut keseragaman pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Malaysia. Disamping dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup di kawasan anda.
Permohonan permohonan ini dikira sebagai permit kerja kecil dan tidak perlu kelulusan majlis.
- Menukar jubin lantai.
- Menukar jubin dinding.
- Menukar kemasan bumbung (mengekalkan struktur bumbung sediada).
- Mengecat.
- Pendawaian baharu.
- Kerja-kerja hiasan dalaman (cth: pemasangan cabinet dapur, bilik dan sebagainya).
- Pemasangan solar panel (perlu mengekalkan struktur bumbung sediada).
Pemilik yang berhasrat membina pagar menggantikan pagar sedia ada yang disediakan perlu mematuhi perkara-perkara berikut:
- Perlu Mendapatkan kelulusan pelan setara.
- Perlu mendapatkan persetujuan jiran bersebelahan (jika berkenaan).
- Mendapatkan Permit Meletak Bahan Binaan.
- Mendapatkan Perkhidmatan Tong Roro MBPJ.
- Ketinggian maksima bagi dinding pagar adalah 1.5M (5’0″).
- Menyediakan minima 30% bukaan pada dinding bagi membenarkan pengudaraan dan pencahayaan.
- Kedua-dua belah dinding hendaklah dilepa dan dicat pada kedua-dua belah.
- Memastikan bahan binaan @ sisa bahan binaan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada jiran bersebelahan.
- Kecuali pembangunan berstrata.
Rujukan: SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN JABATAN KAWALAN BANGUNAN, Majlis Bandaraya Petaling Jaya